Jumaat, 11 Oktober 2013

Amalkan Solat Witir sebelum tidur

BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT

 

Amalkan Solat Witir sebelum tidur :)

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat, sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Sahaja Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

"Sahaja Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

Zikir Selepas Solat Witir

سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ

Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :

Doa Solat Witir:
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,
dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

Waullahu'alam.

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengEsakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”(41: 33)

Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
"اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"